Orang ramai pada masa kini lebih suka menggunakan laptop berbanding komputar kerana lebih selesa dan fleksibel. Oleh itu, sebahagian pengguna mungkin masih tercari-cari laptop mampu milik di bawah RM3,000 untuk kegunaan seharian.

Boleh dikatakan laptop mampu milik pada masa kini sudah mempunyai spesifikasi baik untuk melakukan pelbagai tugasan terutamanya berkaitan kerja dan pembelajaran. Pada kali ini, kami akan berkongsikan lima pilihan laptop mampu milik di bawah RM3,000 yang boleh dipertimbangkan.

1. HP EliteBook X360 1030 G2

laptop bajet
Sumber Gambar: Shopee

Model EliteBook X360 ini mempunyai reka bentuk mewah yang sesuai untuk para profesional. Selain daripada penampilan luaran yang bagus, ia diperbuat daripada aluminium perak yang menyumbang kepada kekukuhan laptop tersebut. Menariknya, anda juga boleh jadikan sebagai tablet kerana skrin fleksibel boleh dilipat sehingga 360°.

Spesifikasi dalaman membawakan penggunaan cip pemprosesan Intel Core i5-7200U bersama kad grafik Intel HD Graphics 620 dengan storan dalaman mencecah 512GB. Laptop ini juga sangat ringan untuk dibawa ke mana-mana. Selain itu, skrin juga boleh disentuh untuk navigasi malahan mempunyai pengimbas wajah dan jap jari untuk menjamin privasi.

HP EliteBook X360 1030 G2 ini sedia ditawarkan dengan harga serendah RM1,700 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang HP EliteBook X360 1030 G2

2. HONOR MagicBook X 15

Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, pesaing terbaru dalam arena laptop iaitu HONOR juga sedia menawarkan sebuah model yang serba canggih dengan rekaan minimalis seperti MacBook. Model ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core 13 generasi ke-10  yang boleh melakukan sebarang tugasan yang diberikan menerusinya.

Dengan menggunakan bahan aluminium yang berkualiti tinggi sekaligus menjadikan model ini lebih ringan serta rekaan yang premium. Malah, ia hadir dengan sejumlah port USB untuk memudahkan sebarang pemindahan fail atau menyokong peranti padanya. Terdapat juga pengimbas jap cari terbina untuk memberikan akses dengan pantas.

Buat anda yang ingin mendapatkan laptop keluaran HONOR ini, kini sedia ditawarkan dengan harga RM1,799 di Shopee.

Beli Sekarang HONOR MagicBook X 15

3. MSI Modern 14 B10MW

Sumber Gambar: Shopee

MSI selaku jenama terkemuka juga membawakan sebuah model laptop mampu milik yang mana boleh digunakan untuk kegunaan profesional serta bermain permainan video kasual menerusinya. Laptop ini bakal memberikan pengalaman penggunaan yang lancar dengan kelajuan mencecah 4.2 Ghz dengan adanya cip pemprosesan dan kad grafik yang bagus.

Diperbuat daripada aluminium sekaligus menyumbang kepada penampilan yang elegan serta lebih ringan untuk dibawa. Model ini dilengkapi bateri 52whr yang boleh bertahan sehingga 10 jam lamanya.

Anda boleh dapatkan MSI Modern 14 B10MW pada harga RM1,999 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang MSI Modern 14 B10MW

4. Acer Swift 3

laptop mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Model Swift 3 ini boleh menjadi peneman terbaik untuk membuat tugasan, mengisi data, suntingan video dan juga melayan hiburan. Dengan skrin paparan berukuran 14-inci LCD dengan teknologi IPS serta rekaan bezel yang nipis boleh memaparkan imej dengan lebih jelas dan luas.

Selain daripada itu, terdapat sistem pembesar suara yang bagus untuk mengoptimasi bunyi bass dengan baik dalam masa yang sama menghalang bunyi yang tidak diingini. Dengan gabungan cip pemprosesan AMD Ryzen 3 5300U dan kad grafik  AMD RadeonTM Graphics dapat memastikan setiap perisian yang berat boleh dijalankan dengan lancar.

Kini Acer Swift 3 boleh didapatkan dengan harga RM2,699 melalui Shopee.

Beli Sekarang Acer Swift 3

5. realme Book Laptop i3

laptop mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Realme Book Laptop i3 ini bukan hanya dilengkapi dengan spesifikasi terkini malahan tampil reka bentuk yang bergaya. Skrin paparan realme book ini mempunyai 400nits yang bakal menjanjikan paparan visual yang bagus walaupun berada di kawasan terbuka. Model ini juga hanya seberat 1.38 kg sahaja.

Perkara yang paling menarik adalah kehadiran dua pembesar suara beresolusi tinggi yang ditala oleh HARMAN KARDON yang bakal menghasilkan bunyi stereo yang baik serta lebih imersif menerusinya. Model ini juga membawakan ciri lain seperti pengimbas cap jari dan pengecasan pantas 65W.

Jika anda mahu dapatkan realme Book Laptop i3 ini, kini sedia ditawarkan dengan harga RM2,999 di Shopee.

Beli Sekarang realme Book Laptop i3

Jika anda tertanya-tanya model yang berbaloi untuk didapatkan di bawah RM3,000, realme Book Laptop i3 ini boleh memenuhi keperluan seharian anda dengan baik. Spesifikasi yang ditawarkan sungguh gah dengan harga berpatutan. Terdapat sejumlah ciri menarik yang disediakan untuk pelbagai kegunaan termasuklah hiburan.

Memiliki laptop mampu milik yang terbaik sudah menjadi satu keperluan wajib pada hari ini lebih lagi untuk tujuan pekerjaan atau pun pembelajaran. Kini anda boleh boleh dapatkan laptop seperti yang disenaraikan di atas yang mana menawarkan spesifikasi padu untuk kegunaan jangka masa panjang.

Selain memiliki laptop padu, anda juga boleh padankan dengan penyejuk yang berbaloi yang boleh didapatkan dengan harga serendah RM17.99.

6 Laptop Cooler Yang Berbaloi Anda Didapatkan Dengan Harga Serendah RM17.99 Di Shopee

6 Telefon Flagship Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Pada Ketika Ini

Sumber